Mati Otak, Remaja Mangsa Buli Akhirnya Meninggal Dunia

Mangsa buli dan penderaan seksual T. Nhaveen disahkan telah meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, Nhaveen meninggal dunia sekitar 5.31 petang tadi selepas berada dalam keadaan koma.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Nhaveen dan seorang lagi rakannya T. Previin dilaporkan telah dipukul sekumpulan lelaki di Taman Tun Sargon, Gelugor.

Nhaveen, 18, dikatakan dipukul dengan topi keledar sehingga disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Mendiang ditemui dengan kesan melecur di bahagian belakang badan.
Previous Post Next Post

Contact Form