'Semoga Allah Tinggikan Darjat Kita Di Syurga, Kawan' - Cheick Tiote

Kematian bekas pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote ketika sedang menjalani latihan memberikan kesan kepada dunia bola sepak.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemain yang disenangi oleh pengurus dan juga para peminat terutamanya peminat Newcastle United.

Sebelum meninggal dunia, Tiote sempat menulis pesanan bermakna buat rakannya melalui Whatsapp.

Ia bermula apabila Tiote memuji rakannya sebagai ‘orang besar’ sekarang.

Tiote: “Kau adalah orang besar, aku tahu,”

Rakan: “Insyaallah, tetapi kau yang paling besar kawan.”

Tiote: “Alhamdulillah kawan.”

Rakan: “Semoga Allah menjadikan kita lebih besar kawan.”

Perbualan berikutnya merupakan nasihat yang berguna kepada kita.

Rakan: “Semoga Allah menjadikan kita besar di syurga dan bukannya di dunia kawan.”

Tiote: “Insyaallah. Kerana dunia akan habis, tetapi syurga tak akan pernah habis.”



Tiote dikenali sebagai seorang pemain bola sepak Muslim yang patuh pada ajaran agamanya. Beliau juga antara pemain yang berpuasa ketika bulan Ramadhan.

Ternyata pesanan beliau itu boleh diikut bukan oleh rakannya sahaja, tetapi kepada setiap umat Islam.

Semoga beliau diberikan ganjaran syurga oleh Allah di akhirat nanti. Al-Fatihah.
Previous Post Next Post

Contact Form