Punca Arab Saudi & Sekutu Putuskan Hubungan Dengan Qatar

Jeddah, Arab Saudi - Lima buah negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain hari ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Memetik laporan media asing, tindakan drastik oleh Arab Saudi, Mesir dan UAE itu turut disertai dengan pemberhentian pengangkutan, termasuk penerbangan dengan Qatar dan memberi tempoh dua minggu kepada rakyat Qatar untuk pulang.

Qatar juga dikeluarkan daripada pakatan diketuai Arab Saudi memerangi pengganas di Yaman.

Dalam kenyataan melalui agensi berita milik kerajaan Arab Saudi, syarikat minyak gergasi negara itu, SPA, menuduh Qatar menyokong kumpulan militan dan menyebarkan ideologi ganas - merujuk kepada stesen televisyen Qatar, al Jazeera.

"(Qatar) menyokong pelbagai kumpulan pengganas dan pertubuhan bertujuan menjejaskan kestabilan rantau Arab, termasuk Muslim Brotherhood, ISIS (Negara Islam) dan al-Qaeda serta menggalakkan agenda kumpulan terbabit melalui medianya,” kata SPA.

Sementara itu, Qatar belum memberi reaksi segera berhubung perkembangan itu.

Difahamkan, pegawai kerajaan Qatar tidak dapat dihubungi untuk memberi komen balas, sebelum ini Qatar telah menafikan negara itu menyokong keganasan.
Previous Post Next Post

Contact Form