(Video) Makcik Bertudung Kantoi Curi Beg Dalam Surau

Melaka - "Pusing ke belakang, dia hilang terus," demikian kata seorang pelajar selepas beg pakaiannya dicuri seorang wanita di dalam sebuah surau, di sini minggu lepas.

Dalam kejadian di surau Melaka Sentral, itu mangsa turut kehilangan telefon bimbit dan beg duit yang diletakkan di dalam beg pakaian tersebut ketika menunaikan solat Asar di surau berkenaan.

Menurut rakan mangsa, wanita itu pada mulanya duduk di bahagian belakang surau sambil memandang mereka. Mangsa yang pada ketika itu tidak mengesyaki apa-apa, meletakkan beg 'balik kampungnya' di belakang.

"Selesai solat Asar, dia pusing belakang tengok beg dah hilang. Nasib baik handbag dia letak di bahagian depan tempat dia solat.

"Selepas dua jam mencari di sekitar kawasan Melaka Central, akhirnya kami berjaya menemui wanita terbabit.

"Pada mulanya dia enggan mengaku, tetapi bila kami menghubungi nombor telefon mangsa, kedengaran bunyi deringan datang dari beg tangannya," kata rakan mangsa.





Mangsa kemudian meminta wanita itu mengembalikan begnya, namun beg itu telah dibuang ke dalam tong sampah.

"Kami suruh dia bawa kami ke tempat dia buang beg itu. Memang jauh betul tempat dia buang. Nasib baik pelajar perempuan itu berjaya mendapat semula telefon bimbit dan beg duitnya," katanya.

Difahamkan laptop dan barangan rakan mangsa juga hilang dan dipercayai diambil oleh individu lain ketika berada di surau berkenaan.

Justeru mangsa menasihatkan orang ramai berhati-hati dan meletakkan beg di tempat yang selamat.
Previous Post Next Post

Contact Form