(Video) Tujuh Maut, Puluhan Cedera Letupan Depan Tadika

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam letupan dekat sebuah sekolah pendidikan awal kanak-kanak di bandar Xuzhou, wilayah Jiangsu, timur China, hari ini.

Menurut AFP, gambar yang tersebar di internet menunjukkan letupan itu mengoyakkan pakaian mangsa.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan punca letupan itu. Laporan juga tidak menyatakan sama ada yang terbunuh itu kanak-kanak atau orang dewasa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, letupan berlaku di pintu pagar sekolah berkenaan ketika kanak-kanak sedang keluar untuk pulang.

Menurut polis, sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan 66 cedera dengan enam cedera parah. Dua mangsa mati di tempat kejadian manakala lima lagi ketika dirawat di hospital.


Gambar menunjukkan puluhan mangsa terbaring di luar bangunan, termasuk kanak-kanak.

Daily Mail melaporkan, letupan berlaku pada 4.50 petang waktu tempatan di Tadika Chuangxin, Xuzhou, ketika ibu apa menunggu untuk mengambil anak masing-masing.

Previous Post Next Post

Contact Form