Biodata Dennis Muhammad Abdullah, Bakal Suami Tunku Aminah

Biodata siapa sebenarnya Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami Tunku Aminah. Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, 31, akan melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, pada Isnin, 14 Ogos 2017. Untuk info, istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama. Berikut sedikit info mengenai Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami Tunku Aminah.

Biodata Dennis Muhammad Abdullah, Bakal Suami Tunku Aminah

Nama: Dennis Muhammad Abdullah

Nama sebenar: Dennis Verbaas

Umur: 28 tahun

Asal: Lisse, Amsterdam, Belanda

Pekerjaan: Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers

Pendidikan: Dennis menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Tarikh Lahir: 1 Mei 1989

Adik-beradik: Anak ke-2 daripada 3 beradik

Nama bapa: Martin Varbaas

Nama ibu: Henriette Varbaas

Tarikh memeluk Islam: 31 Mei 2015

Hobi: Bermain bola sepak

Gambar Dennis Muhammad Abdullah, Bakal Suami Tunku Aminah

Previous Post Next Post

Contact Form