Ngeri! Warga Emas Maut Dikelar Anak Lelaki (5 Gambar)

Jempol - Lelaki warga emas maut dipercayai dikelar oleh anak lelakinya yang tidak puas hati mangsa tidak memberi wang di FELDA Lui Timur, di sini malam tadi.

Mayat mangsa, S Valaytham, 73, yang juga peneroka ditemui terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan anak lelakinya berusia 45 tahun.


"Suspek dikatakan mengambil parang mengelar leher mangsa. Kejadian disedari jiran yang terdengar bunyi bising lalu ke rumah mangsa dan terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah.

"Jiran terbabit segera menghubungi polis. Anggota yang tiba di lokasi kemudian menghubungi ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia. Polis turut menemui parang disyaki digunakan suspek di atas lantai rumah berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Beliau berkata, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Previous Post Next Post

Contact Form