Fattah Amin, Janna Nick Dilabel Pelakon Gred A

Walaupun bakat lakonannya dilabel sebagai ‘kayu’ namun Fattah Amin tersenarai sebagai pelakon menerima bayaran paling mahal.

Namun, ada yang juga yang mendakwa Fattah Amin diminati ramai bukan kerana bakat lakonannya tetapi pakej yang lengkap dengan wajah yang kacak dan tinggi lampai membuatkan dia digilai ramai.

Baru-baru ini, menerusi sebuah video, pengarah drama terkenal Michael Ang menyatakan, dua pelakon muda iaitu Fattah Amin dan Janna Nick dilabel pelakon paling mahal.

Boleh dikatakan kedua-dua pelakon tersebut menjadi rebutan pengarah tersohor Malaysia terutama Sheila Rusly dan Michael Ang.

Michael Ang juga turut menyebut nama bekas ratu cantik Malaysia Erra Fazira dan Aaron Aziz.

“Artis paling mahal? Banyak je artis paling mahal..Aaron mahal, Fattah mahal, Janna mahal, Erra mahal.”

“Semua artis-artis A tu mahal la. Kalau tak mahal taklah A deorang.”



Sumber: Media Hiburan
Previous Post Next Post

Contact Form