Hastag 'Keeper Kat Mana' Jadi Viral Selepas Malaysia Tewaskan Singapura

Kemenangan pasukan bola sepak negara ke atas Singapura semalam dengan jaringan 3 gol berbalas 1 mendapat pelbagai reaksi menarik, tidak kurang juga mencuit hati, di media sosial.

Hashtag #KeeperKatMana menjadi trending di garis masa Twitter susulan gol ketiga negara di minit-minit akhir perlawanan.

Kata-kata yang dicedok daripada populariti lagu pop "Awak Kat Mana" dendangan penyanyi Singapura, Taufik Batisah itu ekoran insiden bolos gawang Singapura yang terbuka luas tanpa dikawal penjaga gol skuad republik tersebut.

Previous Post Next Post

Contact Form