(6 Gambar) Bas Ekspres Dua Tingkat Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar di kilometer 51.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Simpang Renggam pagi tadi.

Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.41 pagi sebelum 11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di lokasi pada jam 7 pagi, sebuah bas sedang terbakar.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penumpang dalam bas.

Pemandunya juga dapat menyelamatkan diri,

Punca kebakaran masih disiasat.

Previous Post Next Post

Contact Form