(8 Gambar) Tiga Maut Tercampak Dari Lori Di Sitiawan

Tiga lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori satu tan yang mereka naiki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 9 Lekir, Sitiawan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 9.43 pagi dan sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan besi, lori satu tan dan kereta Perodua Viva.

"Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian, dipercayai selepas tercampak keluar dari lori satu tan tanpa muatan yang mereka naiki.

"Manakala, pemandu Perodua Viva tersepit di dalam kenderaannya, namun berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan mangsa tersepit diketuai Penguasa Bomba Kanan ll Shaari Md Radhi dan tamat pada jam 11 pagi tadi.

Previous Post Next Post

Contact Form