Allahuakbar! Kuala Krai Macam Dilanggar Tsunami (17 Gambar)

Subhanallah...Allahuakbar...Menerusi muka hadapan akhbar Harian Metro semalam, menceritakan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur terutama Kelantan umpama tsunami.

Jika dilihat kepada beberapa keping gambar yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook, ternyata tepat sekali apa yang disampaikan akhbar berkenaan.

Walapun jumlah kehilangan nyawa tidak menyamai bencana tsunami, namun, dari segi kemusnahan harta benda ada persamaan walaupun bukan 100 peratus.

Kejadian tsunami memang layak dijadikan analogi kerana kejadian itu pun berlaku dalam tarikh yang hampir sama.

Melihat kepada gambar-gambar kemusnahan yang ada, maka ia menceritakan satu benda sahaja yakni banjir yang berlaku tahun ini memang luar biasa dan pastinya di luar jangkaan semua pihak.

Mungkin disebabkan itu bantuan agak sukar disampaikan sebelum ini.

Gambar yang diberikan juga dapat menceritakan dengan sendiri apa yang telah dilalui dan sedang dilalui penduduk di kawasan berkenaan.

Masih belum terlambat untuk kita berdoa dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat.

Selanjutnya, lihat gambar-gambar di bawah untuk memahami keadaan di Kuala Krai.

Previous Post Next Post

Contact Form