(5 Gambar) Wajah Kapten Irianto Bersama Keluarga Sebelum Tragedi

Tiga hari sebelum tragedi, juruterbang pesawat AirAsia QZ8501 iaitu Kapten Irianto telah menghadiri upacara memperingati adiknya yang meninggal dunia seminggu yang lalu di Yogyakarta.

Memetik kenyataan daripada portal berita Indonesia Kompas.com, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh kematian arwah adiknya yang dikenali sebagai Edi.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Irianto ialah pada tiga hari yang lepas,” kata Hendro Kusumo Broto, sepupu kepada Kapten Irianto yang turut sama berada pada majlis berkenaan.

Hendro juga mendedahkan, beliau (Kapten Irianto) telah bercuti ke Yogyakarta bersama keluarganya dan kembali semula ke Surabaya bagi urusan kerja manakala dua anaknya, Ninis dan Galih masih lagi berada di sana.

Sejurus berita pesawat AirAsia QZ8501 telah hilang daripada radar, seluruh ahli keluarganya telah bergegas ke lapangan terbang di Surabaya.

Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dikendalikan oleh Kapten Irianto hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad, 28 Disember 2014.

Previous Post Next Post

Contact Form