Info Terkini Banjir Di Kelantan 29 Disember 2014

Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi Isnin, 29 Disember 2014 dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman, berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.

Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).
Previous Post Next Post

Contact Form