Info Terkini Banjir Di Kelantan 31 Disember 2014

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri ini terus menunjukkan penurunan kepada 96,259 orang melibatkan 25,006 keluarga berbanding semalam 158,476 daripada 39,328 keluarga.

Menurut statitistik yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat pukul 12 tengah hari ini, daerah ini masih mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 24,077 mangsa daripada 6,103 keluarga diikuti Tumpat dengan 19,323 mangsa.

Di Kuala Krai, seramai 5,645 mangsa daripada 1,399 keluarga masih ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara Gua Musang sebanyak 6,493 orang.

Sementara itu, di Tanah Merah pula 7,500 mangsa diikuti Pasir Mas, 3,015 mangsa.

Previous Post Next Post

Contact Form