Kisah Mangsa Banjir Bertemu Sultan Kelantan Yang Berjiwa Rakyat

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya.

Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka.

Beliau juga menerima arahan dari seorangseorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin bersama petugas-petugas. Tiba-tiba beliau disapa

"abang dari mana?"

"orang sini jugak"

"macam muka tuanku la abang ni"

Beliau hanya tersenyum setelah menyedari yang disapa tadi adalah Sultan Kelantan. Kecut perut orang tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan.

Beliau hanya trsenyum malah memeluk orang tadi.

Tergamam Mejar yang ada dekat situ, langsung tak reti nak bagi arahan macam mula-mula tadi.

Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, membntu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan.

Ini secebis kisah berkaitan sultan di negeri Kelantan..

Allahhu Akbar! Subhanallah.

Bertuah sungguh rakyat Kelantan mempunyai sultan yang berhati rakyat. Moga Allah memberkati hidup baginda dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Previous Post Next Post

Contact Form