Pengarah Dedah Sikap Ayah Puteri Balqis Berlagak & Sombong

Pelakon kanak-kanak yang hebat iaitu Puteri Balqis telah terkena tempias disebabkan sikap dan sifat tidak professional ayahnya sendiri iaitu Azizi Aziz.

Pengarah popular yang juga suami kepada Shelia Rusly, Azman Yahya ( Jinggo ) telah share satu perbualan diantara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis.

Ayah Puteri Balqis telah menulis sesuatu yang cukup tidak profesional dan dikatakan sombong setelah syarikat produksi terpaksa membatalkan penglibatan Puteri Balqis kerana jadual pelakon itu agak sibuk.

Ramai yang terkejut dengan mesej yang di balas oleh ayah Puteri Balqis yang dikatakan boleh menjatuhkan reputasi anaknya sendiri.

Jinggo turut memberitahu yang bahawa Puteri Balqis belum pun bertemu dengannya dan pihak produksi untuk sebarang perbincangan lanjut namunayahnya telah meminta deposit 50% dari bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan.

Previous Post Next Post

Contact Form