(7 Gambar) Wanita Hamil, Bayi Maut Dalam Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Seorang wanita hamil dan bayi maut dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, Cameron Highlands awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri dan tertimbus dalam runtuhan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 5.29 pagi dan tiba di te,pat kejadian kira-kira 10 minit selepas itu.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati, rumah berkenaan terletak di tepi bukit di belakang sebuah bengkel kereta ditimbus oleh runtuhan tanah.

“Mangsa dan bayinya tertimbus manakala suami mangsa hanya tertimbus separuh badan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurut beliau, suami mangsa V. Raja yang masih hidup dikeluarkan daripada runtuhan kira-kira jam 7.15 pagi tadi.
Manakala mayat bayi dan ibunya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi.

Identiti mangsa dikenali sebagai P. Nithia dan bayinya R. Ruveswaran.

Previous Post Next Post

Contact Form