Ngeri! Badan Lelaki Putus Dua Dibaham Buaya Di Sungai Soh (7 Gambar)

Mayat seorang petani yang disambar buaya ketika memasang belat di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Soh kelmarin ditemui pagi semalam.

Mangsa, Idris Yakub, 56, dari Kampung Panchor Baru Melayu di sini ditemui pada pukul 9.55 pagi dengan badannya terputus dua dari bahagian dada hingga kepala dan putus pergelangan kaki kirinya.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Chung Aik Peng berkata, mayat bapa kepada dua anak itu ditemui terapung di tebing sungai berkenaan kira-kira 1.8 kilo*meter (km) dari tempat mangsa dibaham reptilia tersebut.

Katanya, isteri mangsa, Raini Salim, 40, telah melakukan pengecaman dan mayat Idris sudah dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan sebaik penemuan anggota badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Previous Post Next Post

Contact Form