(10 Gambar) Wanita Maut Dirempuh 4×4 Ketika Hantar Anak Ke Sekolah

Seorang ibu berusia 37 tahun maut, manakala anaknya berusia lapan tahun kritikal selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pulai Serai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.55 pagi itu, Juzalina Johari, 37, yang berasal dari rumah murah Pulau Serai meninggal dunia di tempat kejadian.
Nur Effy Elysha Azmi Sham kritikal, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Shah Ikhwan, 11, cedera ringan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar kedua-dua anaknya itu yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dikatakan terbabas sebelum merempuh motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Previous Post Next Post

Contact Form