6 Kisah Paling Kontroversi Artis Malaysia Sepanjang 2014

Industri hiburan tanah air kita tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah kontroversi yang melibatkan golongan selebriti tempatan.

2014 juga tidak lekang dengan cerita-cerita panas seperti pergaduhan sesama artis, artis wanita merampas suami orang termasuklah artis yang berkahwin senyap-senyap.

Selain itu, ada juga artis yang berani mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi sehingga dikecam masyarakat umum.

Di bawah merupakan kontroversi paling hangat sepanjang 2014:

1. Hanez Suraya Digelar Perampas Suami Orang

Pada awal Mac tahun lalu, dunia hiburan telah digemparkan dengan berita pelakon Hanez Suraya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berstatus suami orang dikenali sebagai Romie.

Kisah artis ini semakin hangat apabila isteri kepada kekasihnya, Nurliyana Manan muncul memberi kenyataan kepada pihak media bahawa suaminya sudah semakin dingin dengannya sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Hanez.

Impak dari isu perampas suami orang itu, banyak laman sosial seperti Instargam dan Facebook diwujudkan oleh peminat dunai seni tanah air sebagai tanda protes dan benci terhadap Hanez Suraya dan tidak kurang juga wujud yang mewujudkan akain lama sosial media untuk menyokong Liyana

2. Abby Abadi Didakwa Diceraikan Kerana Sering Mencederakan Suami

Selepas menggemparkan industri dengan kisah perkahwinannya bersama lelaki muda bernama Farhan di Selatan Thai, Abby Abadi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bercerai dengan jejaka kelahiran Sabah itu.

Abby Abadi telah didakwa telah mencederakan Farhan beberapa kali dan dakwaan tersebut telah dibuat bekas suaminya sendiri dengan menunjukkan foto kecederaan yang dialami di wajah dan tangan sebagai bukti. Malah Farhan turut mengakui ianya salah satu sebab mengapa mereka bercerai.

3. Ramli MS dan Alyah Akhirnya Mengaku Sudah Bernikah Selepas Diserbu JAIS

Berita tentang perkahwinan mereka secara senyap-senyap sudah lama dapat dihidu oleh pihak media. Namun, baik Dato' Ramli MS mahu pun Alyah, masing-masing lebih gemar berteka-teki tentang status hubungan mereka terhadap pihak media mahu pun masyarakat umum.

Bagaimanapun selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya status hubungan Ramli MS dan Alyah terjawab juga apabila pasangan ini mengaku sudah bernikah selepas Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu kediaman mewah komposer ternama berkenaan di Bandar Kinrara pada akhir Ogos lalu.

4. Amy Search Maki Hamun Nabila Huda Di Instagram Menerusi Foto Bercumbu

Gempar industri hiburan seketika apabila penyanyi lagenda rock, Amy Search dilihat telah meninggalkan komen berbaur kata-kata kesat pada sekeping foto yang dimuat naik oleh Nabila Huda di Instagram ketika sedang bercuti bersama kekasihnya di luar negara.

Difahamkan Amy telah menulis komen itu selepas tidak tahan dengan kontroversi demi kontroversi yang melanda anaknya itu termasuk isu pengikut Instagram yang telah menyarankan Nabila Huda menganut agama Kristian.

Pun begitu, Syawal lalu, sengketa mereka dilihat seperti sudah berakhir apabila hubungan antara Amy Search dengan Nabila dilihat bertaut kembali menerusi foto-foto mesra mereka beraya bersama yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram masing-masing.

5. Zizan Razak Didakwa Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang & Disaman Bekas Pengurus

Sebuah ruangan gosip akhbar mingguan telah melaporkan pelawak Zizan Razak dan Emma Maembong tanpa segan silu telah bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan sensitiviti penumpang lain di sekeliling mereka.

Namun Zizan yang ditemui media, telah menafikan perkara tersebut malah memberitahu pihak media bahawa gosip itu seperti tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.

Kemudian pada pertengahan tahun ini berlaku kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya, sehingga pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

6. Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

Penghujung tahun ini, diakhiri dengan kontroversi daripada pelakon Putri Mardiana iaitu salah seorang peneraju filem Santau. Setelah agak lama menyepi dalam industri lakonan, namanya menjadi bualan apabila telah ditangkap berkhalwat oleh pihak JAIS di kediamannya bersama dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Pun begitu, Putri memberitahu dia dengan jejaka itu tidak melakukan apa-apa perbuatan zina, malah mereka sudah pun merancang hendak berkahwin selepas kekasihnya baru sahaja menceraikan isterinya.

Bagaimanapun kenyataan Putri itu dibidas oleh isteri kekasihnya yang mendakwa Putri berbohong kerana wanita itu akui mereka masih sah suami isteri dan suaminya masih belum melafazkan cerai terhadap dirinya.
Previous Post Next Post

Contact Form