Pengacara kontroversi Azwan Ali menasihatkan individu yang memfitnahnya supaya muhasabah diri sebelum rentung dibakar api neraka.
Azwan berkata demikian selepas fotonya memakai tudung ala Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa menjadi viral di laman sosial selepas disensasikan sebuah blog.
Menurut Azwan dia berhijab untuk sebuah projek, tetapi perkara tersebut telah diputar belitkan oleh penulis blog yang tidak bertanggungjawab.
Azwan juga kesal dengan komen yang diberikan dimana kesemua tuduhan yang dibuat tidak benar dan semua disebabkan fitnah pihak yang memang tidak senang hati dengan dirinya. Walhal lebih banyak pendedahan yang menampilkan golongan lelaki berpakaian perempuan serta bertudung di dalam filem serta di kaca televisyen.
“Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek api neraka kerana memfitnah Azwan Ali.
“Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.
“Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.
“Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika portal Murai.com baru-baru ini.