Berita Palsu Ribut Tropika Jangmi Melanda Malaysia 3 Januari 2015

Beberapa hari yang lalu, tersebar berita mendakwa kononnya ribut tropika 'Jangmi' akan melanda 90 peratus kawasan di Malaysia terutamanya pantai timur Semenangjung Malaysia serta kawasan Perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman),W.P Labuan dan Sarawak pada 3 Januari 2015.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan rasmi dari Jabatan Metereologi Malaysia pada 1 Januari 2014, ribut tropika berkenaan sudah lenyap sepenuhnya pada 31 Disember 2014 di Laut Sulu.

Kedudukan terakhir ribut tropika Jangmi ialah di Latitud 8.9 utara dan Longitud 121.7 timur, kira-kira 527km ke Timur laut Sandakan Sabah.
Previous Post Next Post

Contact Form