Pasukan penyelam gabungan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) serta Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) negara itu akhirnya berjaya mengangkat bahagian ekor bangkai pesawat AirAsia QZ8501 daripada dasar laut Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah hari ini.
Pencarian bahagian ekor pesawat jenis Airbus A320-200 itu menjadi misi penting kerana bahagian tersebut menyimpan kotak hitam yang merakamkan pelbagai data penerbangan yang diharap mampu membantu siasatan insiden nahas tersebut.
Laporan pemantauan Kompas.com dari Kapal Banda Aceh, yang turut menyiarkan secara langsung peristiwa itu menjelaskan bahawa belon yang digunakan untuk mengangkat ekor pesawat berhasil mengapungkan bangkai pesawat tersebut kira-kira jam 11.50 pagi waktu tempatan.
Kelibat ekor pesawat berkenaan juga sudah mula terlihat di permukaan laut yang berombak.
Kerja-kerja pengapungan ekor pesawat itu sudah bermula sejak Khamis lalu namun pasukan penyelam berdepan pelbagai rintangan seperti faktor cuaca, kekuatan arus dan juga jarak pandangan akibat keadaan berlumpur.
Pasukan gabungan TNI-AL dan BASARNAS akhirnya pada Sabtu berjaya mengangkat sebahagian daripada ekor QZ8501 daripada dasar Selatan Karimata menggunakan ‘lifting bag‘ atau belon pengangkatan yang diikatkan pasukan penyelam ke ekor pesawat sehingga terapung ke permukaan laut.