Video Buli Pelajar Tahun Enam Viral Di Laman Sosial

Satu rakaman video yang memaparkan seorang pelajar tahun enam sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar yang dikatakan dibuli lebih empat rakan sekelasnya menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu menunjukkan mangsa menangis apabila lebih empat pelajar lain bertindak menyepak dan menolak kepalanya.

Tidak cukup dengan itu, kepala mangsa turut ditutup dengan plastik dan juga bakul sampah.

Kejadian di dalam kelas sekolah tersebut dikatakan berlaku pada September tahun lalu.

Mangsa semasa kejadian memakai t-shirt tertera nama Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar.

Wakil keluarga yang juga merupakan Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W. Thiruchandru berkata, ibu bapa pelajar terbabit iaitu Mohd. Ismail Mohd. Dasin, 40, dan Sara Bibi Abdul Muthalif, 37, serta mangsa sendiri telah dipanggil untuk menemui pihak sekolah pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, kes itu bukan kejadian buli yang serius sebaliknya gangguan daripada rakan-rakan.

Previous Post Next Post

Contact Form