Penyanyi dan pelakon Lufya Omar, kini sudah berhijab pada 2 Februari lalu pada hari kelahirannya ke 30 tahun.
Lufya berkata, dia telah memasang niat untuk bertudung dari tahun ke tahun. Namun ketika itu masih memikirkan soal kerja serta komitmen.
Malah pernah menangis memikirkan hal tersebut kerana hatinya belum cukup kuat membuat keputusan selain takut kemungkinan tawaran seni akan putus.
Lufya turut mengakui dia cuba memperbaiki diri menjadi hamba-Nya yang baik.
Mengenai kerjaya seninya, Lufya telah memutuskan untuk tidak lagi menyanyi. Malahan rakaman lagu di laman YouTube yang dimuat naik sebelum ini juga sudah dipadamkan.
Lufya yang mengakui sudah mula kurang menerima tawaran berlakon dalam perancangan untuk menceburi skop kerja lain selain menerima tawaran mengacara program bersesuaian.