Kapal Selam Australia Kejutkan Penumpang Feri Di Pulau Pinang

Penumpang yang menaiki sebuah feri di Butterworth dikejutkan dengan kemunculan sebuah kapal selam besar secara tiba-tiba di depan mata mereka.

Kapal selam tentera laut Australia HMS tiba di Pulau Pinang kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.

Kapal tersebut berlabuh di sini untuk latihan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Penang Port (bahagian sokongan korporat), Md Derick Basir berkata kapal selam tersebut yang berukuran 77.8 meter panjang dan 7.8m lebar akan berada di sini sehingga 2 Oktober ini.

HMAS Sheean dilengkapi senjata peluru berpandu permukaan ke udara dan mampu menyelam pada kedalaman 400 batu nautika.

Previous Post Next Post

Contact Form