Dua jaringan Marcus Rashford membantu Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 mengatasi Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.
Pemain berusia 18 tahun itu menyerlah dalam tempoh lebih 30 minit awal permainan apabila bijak membaca hantaran rakan sepasukan untuk disudahkan dengan sempurna ke gawang Arsenal.
Dia menjaringkan gol pertama United apabila tenang menyambar hantaran lintang dari sebelah kanan pada minit ke-28. Selang tiga minit kemudian dia menyumbat gol peribadi kedua menerusi tandukan selepas menerima hantaran Jesse Lingard pada minit ke-31.
Danny Welback bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-39 apabila menanduk masuk hasil hantaran daripada sepakan percuma Mesut Ozil.
Ander Herrera menjaringkan gol ketiga United selepas sepakannya hasil hantaran Rashford terkena Koscielny dan menerjah gawang pada minit ke-64 sebelum Ozil menjaringkan gol kedua Arsenal empat minit kemudian selepas keadaan kelam kabut di depan gawang United.
Arsenal yang tertekan berusaha mencari gol penyamaan, namun tidak kesampaian untuk kedudukan muktamad Manchester United 3 Arsenal 2.