Bekas pengawal keselamatan warganegara Indonesia, La Ode Ardi Rasila kekal menjalani hukuman gantung kerana membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib tiga tahun lalu.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara memutuskan demikian hari ini selepas menolak rayuan akhirnya.
Kuorum itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Ogos dua tahun lalu yang memerintahkan perayu dihukum mati kerana melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun ketika melakukan rompakan dengan niat menyebabkan kematian mangsa.
Kuorum itu mencapai ketetapan bahawa sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah selamat untuk dikekalkan.
La Ode, 39, yang berasal dari Sulawesi, Indonesia didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.