(Gambar & Video) Pengawal Peribadi Disangka 'Datuk' Parah Ditembak

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki dua buah kereta di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 8.45 malam ini, lelaki terbabit yang memandu kereta Mercedes-Benz didatangi dua lelaki yang melepaskan tembakan bertalu-talu.

Menurut sumber, berikutan kejadian itu, pengawal peribadi yang cedera serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga tembakan dikejarkan ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

Baru sebentar tadi berlaku satu kes tembak di hadapan sebuah kedai mamak berdekatan KLIA. Lebih 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.Nantikan Info seterusnya.

Posted by Wowberita (Official) on Friday, 25 March 2016

“Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

“Siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek,” katanya.

Previous Post Next Post

Contact Form