Memang bukan mudah untuk mendisiplinkan diri agar mengimarah masjid yang merupakan rumah Allah. Namun sebuah kisah berkenaan lelaki yang dikatakan kurang siuman melaungkan azan bukan pada waktu solat mencuit hati. Ia juga mampu menginsafkan kita.
Berikut adalah kisah yang diceritakan di sebuah blog, Paling Seru
Berikut adalah kisah yang diceritakan di sebuah blog, Paling Seru
Suasana sebuah kampung tiba-tiba menjadi riuh rendah kerana pada jam 10 malam kedengaran azan di sebuah surau setempat menerusi pembesar suara memecah keheningan malam.
Pendudukan kampung lalu berduyun-duyun datang ke surau tersebut meskipun mereka sudah tahu siapa yang melakukannya.
Lelaki yang dikenali sebagai Mbha Sadi, suaranya itu sememangnya sudah dikenali di kampung itu dan umurnya sudah mencapai 70an.
Penduduk bagaimanapun menjadi tertanya-tanya, mengapa lelaki tersebut azan pada jam 10 malam?
Setibanya penduduk di pintu surau tersebut, lelaki itu baru selesai melaungkan azan dan menutup suis pembesar suara.
“Kamu tahu tak sekarang sudah pukul berapa?” tanya salah seorang penduduk kepada lelaki itu.
“Azan apa waktu-waktu macam ni?? Jangan-jangan kamu sudah ikut ajaran sesat” tambah seorang penduduk yang lain dengan nada yang perihatin.
“Dasar Mbah Sadi sudah gila, kalau tak gila takkan azam waktu camni” lagi dari penduduk yang lain.
“Kamu semua….” jawab lelaki itu dengan tenang.
“Tadi, masa saya azan Isyak, tidak seorang pun yang datang ke surau. Sekarang saya azan jam 10 malam, kamu semua datang berduyun-duyun ke surau, sekampung datang… Maka.. SIAPA YANG GILA??”
Untuk menyatukan umat Islam, antaranya mengimarahkan masjid kerana itulah tempat pertemuan dan perkara pertama sekali yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika berhijrah ke Madinah adalah dengan membina masjid.
Firman ALLAH SWT dalam al-Quran yang bermaksudnya: “Masjid yang dibina atas dasar takwa yang terawal (binaannya) lebih layak untuk kamu berdiri di dalamnya untuk engkau melaksanakan solat.” (Surah At-Taubah : 108)
Dahulu, masjid adalah lambang perpaduan, tempat bermusyawarah, beribadah, ibu tunggal, merancang strategi perang, berbicara ekonomi, dan perpaduan. Hadis Nabi Muhammad SAW berbicara mengenai saf, yang bermaksud: “Hendaklah kamu rapatkan saf sesama kamu dalam solat, ataupun ALLAH SWT pecah-belahkan hati kamu.” (Riwayat Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)
