Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan berbangsa tersebut, dan menggesa komuniti Melayu untuk tidak meminggirkan budaya mereka.
Menurut Sultan Johor itu, mereka yang mahu “menjadi orang Arab” lebih sesuai jika menetap di Arab Saudi.
"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda dalam satu temuramah dengan portal The Star Online.
"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.
"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka," tambahnya.
Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.
"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.
"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab," titah baginda.