(Gambar & Video) Ratusan Pemandu Teksi Mogok Depan Pavilion, KL Sesak Teruk

Kira-kira 500 pemandu teksi berkumpul menyatakan bantahan terhadap perkhidmatan kereta sapu profesional Uber dan Grabcar, pagi ini.

Demonstrasi secara aman itu diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu depan pusat beli-belah Pavilion, KLCC dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perhimpunan bermula di Pavilion mulai jam 9.30 pagi disuraikan selepas dua jam berkumpul dan beberapa tangkapan dibuat.

Pemandu teksi membuat mogok membantah Grab Teksi dihadapan bangunan Pavilion Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Kredit: Berita Harian Online

Posted by Wowberita (Official) on Monday, March 28, 2016

Pemandu Teksi buat bantahan Teksi Uber/Grabcar dan menyebabkan jalan sesak teruk kat area Pavilion KL..Benti teksi tengah2 jalan ko...dahlah situ area jem memanjang...

Posted by Wowberita (Official) on Monday, 28 March 2016

Kebanyakan yang disuraikan di Pavilion kemudian menyertai kumpulan kecil di KLCC dan ada yang menuju ke KL Sentral.

Difahamkan, beberapa pemandu teksi yang ditahan disyaki ketua dalam kalangan mereka kerana lantang bersuara ketika perhimpunan berlangsung.

Menurut pemandu teksi yang ditemui, perhimpunan bertujuan mendesak kerajaan mengharamkan Uber dan Grabcar atau membenarkan peraturan sama kepada teksi.

Previous Post Next Post

Contact Form