Anggota bomba yang terbabit dalam operasi menyelamat ketika tragedi Highland Towers 23 tahun lalu menyifatkan pertemuan dengan Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, di lokasi kejadian, petang tadi adalah kenangan yang manis dan sukar dilupakan.
Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norizan Saad berkata, petang ini hasrat dia dan tiga lagi rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.
"Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok," katanya.
Terdahulu, sebelum menemui semua petugas bomba, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.
Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata.

Selepas 23 tahun, Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, akhirnya dipertemukan dengan anggota bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang menyelamatkan mereka dulu, malah mendukung Nur Hamidah yang ketika itu masih bayi.Umi Rasyidah turut bertemu bekas majikannya, Susan Tan, 76
Posted by Harian Metro on Sunday, 27 March 2016