Seorang wanita mendakwa tunang kepada pasangan khalwat ketika dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di sekitar Taman Melaka Raya, di sini, awal pagi semalam terkejut mendapati suaminya datang ke pejabat JAIM untuk menjaminnya pagi semalam.
Wanita berusia 29 tahun dari Johor itu ditahan JAIM dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sekitar daerah ini.
Wanita itu ditahan bersama pasangannya berusia 24 tahun yang juga seorang penjawat awam di negeri ini dan berasal dari Negeri Sembilan.
Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, pasangan wanita itu mendakwa hanya berseorangan di dalam bilik hotel ketika wanita terbabit bersembunyi.
“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria, memeriksa, seorang wanita ditemui menyorok di bilik hotel itu.
“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri, tetapi selepas disoal siasat dia mendakwa bertunang.
“Lebih mengejutkan, apabila dibawa balik ke pejabat dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita terbabit datang bersama seorang lelaki iaitu suaminya yang berusia 20-an. Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah suami wanita terbabit mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.