Saya pernah berkahwin. Selepas berkahwin, saya dilarang hias diri cantik-cantik. Sampai make up semua pun tak boleh. Kalau pakai baju yang bergaya sikit pun suami sanggup suruh masuk bilik tukar baju, pakai yang lusuh-lusuh. Pendek kata tak boleh nak melawa langsung. Dia, saya jaga bagi handsome². Tapi saya, dia seboleh-bolehnya nak saya kelihatan selekeh dan buruk.
Sebelum ini saya kerja di pejabat, bahagian Corporate Marketing. Suami suruh saya berhenti atas alasan takut saya hanyut sebab dah kahwin. Katanya, kalau tak dijaga dengan baik, nanti syaitan akan banyak menghasut untuk berlaku curang. Ekoran itu, saya terpaksa juga bertekak dengannya kerana gaji saya pada ketika itu agak lumayan. Namun, apakan daya, saya akhirnya mengalah dan mengikut arahan dia sebagai seorang suami. Meskipun berat hati ini untuk berhenti kerja.
Allah nak tunjuk, dia berlaku curang dengan seorang perempuan yang lawa. Dasar lelaki cakap tak serupa bikin! Saya dah beri 3 kali peluang kepadannya namun masih tetap mengulangi perbuatannya itu. Yang paling sedih, dia curang ketika saya mengandung. Tak apa, hati ini memang sedih.
Perempuan itu pula bangga dapat merasa kasih sayang dari suami saya. Sedangkan duit top up petrol kereta suami pun saya yang tanggung. Tak mengapa, saya kentalkan hati sampai saya bersalin.
Suami kantoi pula berzina dengan perempuan itu. Perempuan yang suami dok gila-gilakan itu memang cun, dengan mini skirtnya dan saya tak nafikan. Tak apa, saya minta dia pilih salah seorang dari kami. Dengan berlagaknya, dia kata dia pilih perempuan seksi itu. Okay, saya dilepaskan.
Maaflah, bukan tak sayangkan anak tetapi saya mahu beri pengajaran kepada suami. Saya serahkan hak penjagaan anak lelaki kepada bekas suami, sebab saya surirumah sepenuh masa yang tiada pendapatan untuk menyara anak.
Saya dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang. Perempuan itu sempat melemparkan senyuman pada saya tanda kemenangan. Saya pun balas kembali dengan senyuman dan lambaian tangan dengan muka gembira. Nak buat muka sedih, nampak saya tewas pula.
Kini, saya berjaya menjadi model berhijab secara sambilan. Saya mendapat kerja tetap yang gajinya sangat-sangat lumayan. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah. Saya dapat menghias diri sebagai keyakinan diri dan dapat bangkit membantu ibubapa dan adik-beradik yang lain.
Tahniah kepada perempuan itu kerana terpaksa memakai baju compang camping, tak boleh make up dan kena duduk dengan mertua sambil menjaga anak saya itu. Dan mertua sampai kini sayangkan saya. Ada rezeki lebih, saya hulurkan sedikit sedekah pada keluarga mertua. Sebulan sekali, saya akan ambil anak saya dan luang masa bersamanya serta bawa dia pergi bercuti.
Bekas suami? Kehidupannya tidak terurus, tekanan mencari duit untuk menyara keluarga. Anak semakin membesar, perbelanjaan pula semakin tinggi. Isteri dia terpaksa menahan sabar sebab nafkahnya tidak diberi. Malah perempuan itu tercabar bila saya datang ke rumah itu sebab suami keparat dia yang pernah menjadi suami saya, sibuk menegur saya tetapi saya buat bodoh dan terus bersembang dengan bekas mertua. Bukan nak riak tetapi puas hati setelah bertahan apa yang dia lakukan pada saya. Pada anda berdua, sila mereput.
Bab cinta baru? Belum fikir lagi kerana masih trauma. Saya lebihkan cinta pada Allah, dating dengan Allah, inshaAllah tenang dan bahagia. Pada kaum hawa semua, saya doakan yang terbaik buat anda semua. - KRT