Sebuah butik perkahwinan di Terengganu, mendedahkan screenshot perbualan WhatsAppnya bersama pelanggan berkenaan, cetus pelbagai reaksi netizen.
Difahamkan, individu terbabit mahu menggunakan perkhidmatan butik berkenaan untuk membuat pelamin pada hari raya kelima depan. Bagaimanapun, tidak bersetuju dengan harga yang diberikan.
Bukan itu saja, individu itu juga memburuk-burukkan pelamin dari butik-butik lain yang dikatanya hodoh, tak cantik di matanya. Dalam masa yang sama, dia juga cuba membodek butik berkenaan.
"Kawan kabo butik kak lawo. Ada saya tengok Facebook hoo, comey kak. Lagipun butik kak pemes hoo kat ganu ea, sape dok kenal Fidaerdy," katanya.
Enggan beralah, dia juga memberikan sebab mengapa pelamin tidak seharuskan dikenakan caj yang mahal.
"RM500 apa? Pakai kejap saja pun, bukan duduk sampai sejam atas pelamin. Bunga bukan kena beli pun, kain pakai mana yang ada saja, cuma adjust tema. Takkan RM500 kak? Agak-agaklah.
"Buat pelamin senang ja kak, bukan susah pun saya tengok. RM100 itu duit kak eh, jangan tolak rezeki," katanya.
Setelah peniaga memberikan alasan bahawa beliau tidak dapat mengikut permintaannya, perempuan berkenaan mula melemparkan kata-kata cliche.
"Beginilah orang Melayu. Kita nak tolong, orang Melayu pula jual mahal. Macam mana nak kela berniaga? Dah saya bajet RM100, terima sajalah duit itu. Bukan saya minta percuma pun," bentaknya.
Tindakannya perempuan itu membuatkan peniaga terbabit enggan meneruskan lagi perbualan mereka dan sekali gus menolak permintaannya.