Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, keputusan untuk tidak membenarkan bergambar dengan binatang kesukaan anda seperti kucing pastinya membuatkan anda berasa kecewa dan ‘terguris’, bukan?
Namun itulah yang berlaku di Arab Saudi apabila seorang ulama terkenal di negara itu mengisytiharkan bahawa tindakan bergambar dengan kucing dan beberapa haiwan lain adalah “mahu menjadi seperti orang Barat.”
Ahli Majlis Ulama Saudi, Sheikh Saleh Fauzan Al-Fawzan berkata demikian dalam satu siaran televisyen bagi mengulas trend baharu mengambil gambar bersama kucing yang tersebar dalam kalangan masyarakat negara itu yang disifatkan “mahu menjadi seperti orang Barat.”
Katanya, perbuatan mengambil gambar adalah dilarang kecuali jika ia satu keperluan – bukan sahaja dengan kucing, anjing, serigala mahupun dengan apa-apa sahaja, lapor portal Newsweek.
Video, dimana Sheikh Saleh sama ada tidak mendengar soalan ataupun keliru dengan pertanyaan tersebut telah dimuat naik di beberapa saluran Youtube pada 17 April lalu dan telah diterjemah oleh Institut Penyelidikan Media Timur Tengah.
Sebelum ini, Arab Saudi turut mengharamkan beberapa perkara dalam kehidupan seharian Barat.
Januari lalu, Mufti Besar Arab Saudi didakwa memutuskan bahawa permainan catur dalam kerajaan adalah dilarang kerana ia menggalakkan perjudian.
Sheikh Abdulaziz al-Sheikh berkata catur adalah permainan yang "membuang masa dan wang serta menimbulkan kebencian dan permusuhan antara pemain."
Satu lagi permainan yang diharamkan di negara itu ialah Pokemon kerana didakwa mempromosikan agama lain seperti Kristian atau Yahudi.
Siri permainan itu didakwa memaparkan tanda salib atau "the star of david" pada kad.