Lelaki Hilang Ginjal Kerana Doktor Terlupa Masukkan Kembali Selepas Pembedahan

Seorang lelaki kehilangan buah pinggang kanannya, dipercayai disebabkan kesilapan doktor yang membedahnya, selepas mendapat rawatan apabila terbabit dalam kemalangan lalu lintas tahun lalu.

Liu Yongwei kemalangan selepas traktor dipandunya terbalik ketika cuba mengelak melanggar sekumpulan lelaki mennunggang motosikal pada 12 Jun 2015. Dr Hu Bo yang merawatnya di Hospital Kolej Perubatan Xuzhou berkata, Liu mengalami trauma teruk pada bahagian kanan badannya termasuk patah rusuk dan lebam pada hati serta buah pinggang kanannya.

Dr Hu pakar jantung dan paru-paru terus melakukan pembedahan dan mengeluarkan buah pinggang Liu untuk memeriksanya, tetapi tidak memasukkannya semula.

Sebaik sedar, Liu dimaklumkan semuanya baik dan disuruh mendapat rawatan susulan di hospital lain.

Di hospital kedua, Liu menjalani imbasan CT yang mendapati tiub pembedahan dari prosedur pertama yang masih ada di dalam perutnya dijangkiti kuman.

Previous Post Next Post

Contact Form