(5 Gambar) Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator

Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera selepas kemaluannya tersepit pada eskalator dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bagan Serai malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kemaluan Mohd Rohaizad Abd Rahman tiba-tiba tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator berkenaan bersama keluarganya.

Punca kejadian bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.16 malam memaklumkan kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam.
Previous Post Next Post

Contact Form