Abang Long Fadhil bakal mendirikan rumah tangga, namun bukan dengan gadis bertatu di muka seperti gambar yang tersebar di media sosial bulan lalu.
Muhammad Fadhil Husin, 29, anggota jemaah Tabligh yang bertatu hingga ke muka, bertunang dengan gadis berusia 21 tahun dari Pontian, Johor, pada hari raya kedua, 7 Julai lalu.
“Ini baru betul-betul pasangan saya, Insya Allah. Bukan bertatu di muka seperti dituduh orang ramai sebelum ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Pernikahan kali kedua baginya, Muhammad Fadhil yang dilaporkan sebagai bekas samseng Singpaura berkata majlis perkahwinan akan diadakan pada 7 Ogos ini.
Katanya, perkenalan mereka singkat apabila beliau pertama kali berjumpa dengan tunangnya di sebuah kedai pengurup wang di Pasir Gudang pada 5 Mei lalu.
“Doakan saya dan bakal isteri bahagia dunia akhirat. Insya Allah majlis kenduri diadakan di Pontian sehari selepas bernikah dan tiada majlis dibuat di Singapura,” katanya.
Baru-baru ini, foto Fadhil di sisi seorang gadis cantik bertudung dengan muka bertatu menggemparkan media sosial, menyebabkan muncul tanggapan gadis itu kekasihnya.
Fadhil menjelaskan gadis itu seorang model dan mereka bergambar bersama dalam satu sesi fotografi di sebuah butik di Johor Baru bagi tujuan promosi jubah wanita.