Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,menasihati orang ramai agar mengawal nafsu makan tatkala menikmati juadah sepanjang Aidilfitri ini.
Najib sambil berseloroh, berkata peringatan itu bukan apa 'takut-takut nanti baju raya yang dibeli tidak boleh dipakai pula'.
"Siapa mampu menahan diri daripada menikmati juadah raya, lebih-lebih lagi selepas sebulan berpuasa. Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi memang menyelerakan.
"Tetapi dalam kita menikmati juadah-juadah ini, beringatlah juga untuk jaga kesihatan, takut baju raya yang dibeli tak muat pula untuk dipakai nanti," katanya menerusi entri di laman sosial rasmi Facebooknya.