Seorang penghantar piza yang menyamar sebagai pegawai polis dan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun enam bulan, hari ini lapor Berita Mediacorp.
Tertuduh, Muhammad Firman Jumali Chew, 30, juga dijatuhi hukuman sebatan rotan 11 kali.
Dalam kejadian 9 Oktober 2013 itu, Firman didakwa melihat remaja itu dan teman lelakinya berkelakuan intim di tangga sebuah blok perumahan di Woodlands, Singapura dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.
Firman menakut-nakutkan pasangan itu dengan mengancam akan melaporkan perbuatan mereka kepada ibu bapa dan sekolah mereka sebelum memujuk mangsa supaya mengikutnya dan membawa remaja itu ke sebuah blok berhampiran dan merogolnya.
Firman didapati bersalah petang tadi atas tiga dakwaan iaitu merogol, menyerang secara seksual dan menyamar sebagai seorang pegawai polis.
Namun sepanjang perbicaraan Firman menafikan dakwaan ke atasnya dan menegaskan dia adalah mangsa dalam kes itu di mana remaja tersebut telah mencabul kehormatannya pada waktu itu.
Sementara Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Hoo Sheau Peng berkata mangsa memberikan kenyataan tentang perogolnya itu dengan jelas dan konsisten serta memberikan perincian penuh tentang insiden itu tanpa berdolak-dalik ketika disoal siasat.
Keterangan mangsa juga disokong oleh bukti perubatan dan forensik di mana air mani Firman dikesan pada pakaian dan seluar dalam mangsa.