'Kalau Tak Nak Main, Takyah Kondem Pokemon Go'

Ulasan Faiz Ibrahim mengenai Pokemon Go

1. Pokemon Go, bukan macam game lain, melibatkan keselamatan negara sebab minta izin untuk rakam semua benda, guna GPS

Dia bukan minta izin untuk rakam, dia minta permission untuk guna camera apps, GPS dan lain-lain untuk game jadi lebih interactive. Kalau tidak selesa dengan cara ini, bolehlah uninstall Facebook, Instagram, Twitter sebab itu lah super duper father punya guna GPS, camera apps dan segala butiran kita yang lain.

2. Pokemon Go tak boleh percaya, macamana kalau data semuanya jatuh dan dibocorkan? Habislah rahsia negara

Apa yang saya faham, big-big company mempunyai polisi mereka sendiri untuk privasi pengguna mereka. Apple dan Android lagilah banyak ada data kita. Jadi korang boleh buang telefon korang sekarang.

Dan tutup sekali Waze, Google maps sebab dia pun boleh tahu lokasi, peta dan rahsia negara juga mungkin terbocor.

3. Dia boleh aim kita sebab dia dah kenal siapa kita. Facebook pun dah boleh scan muka orang tanpa perlu tag gambar

Pertama sekali, kita semua ni siapa sampai dia nak aim kita? Pointer dekat universiti pun cukup-cukup makan. Keduanya, sistem Facebook boleh cam muka tu, dia dipanggil face recognition, dia akan calculate algorithm seperti jarak mata dengan hidung, jarak mulut dengan hidung. Tujuannya satu, untuk memudahkan kita tanpa perlu tag jika kita gunakan banyak kali wajah yang sama, mereka cuba jadikan pengalaman penggunaan Facebook lebih bernyawa.

4. Pokemon Go, itu haram, melalaikan

Pada saya, ianya bergantung pada individu, kalau kau main sampai lupa diri, itu memudaratkan, itu jatuh haram. Tapi kalau kau setakat nak main saja-saja, lepak-lepak dan chill untuk release tension, itu tiada apa masalah. Tangkap Pokemon je pun.

5. Pokemon bermaksud, 'Akulah Yahudi', Pikachu bermaksud 'Aku selamanya yahudi'

Ya, kaulah yahudi sebenarnya. Semua benda nak yahudikan. Cari makna maksud pokemon di Google. Namanya berasal daripada perkataan Jepun. Orang kita selalu macamtu, kalau tak suka atau takut dengan something, terus kaitkan dengan yahudi. Fitnah bukan sifat orang islam.

6. Itu agenda orang bukan islam untuk jatuhkan islam?

Kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri dan fikiran kita sentiasa dimomokkan dengan orang cuba nak jatuhkan kita padahal kita yang selalu jatuhkan diri kita sendiri.

7. Nak main Pokemon Go

Kau nak main, kau main. Kau tak nak main, tak perlulah nak condemn orang yang main.

Banyak lagi isu negara yang boleh kita debatkan sebenarnya. - Faiz Ibrahim
Previous Post Next Post

Contact Form