'Ayah Tak Marah, Ayah Rindu'

Warga emas harap empat anaknya datang menjenguknya yang kini berada di Hospital Teluk Intan (HTI).

Abdullah Misdal Abdullah, 81, yang hidup bersendirian di Kampung Air Hitam, Batu 15, di sini, dihantar ke hospital oleh penduduk kampung selepas sesak nafas.

Katanya, dia sangat rindukan empat anak dan cucunya serta berharap dapat bertemu mereka sebelum terlambat.

Menurutnya yang juga bekas kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat anaknya menetap di luar Perak dan mempunyai keluarga masing-masing.

“Dah empat tahun. Saya tidak marah mereka tidak datang menziarahi saya kerana tahu mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing namun berharap dapat berjumpa mereka,” katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form