Berita Terkini Punca Haron Din Meninggal Dunia 16.9.2016

Berita terkini punca kenapa Datuk Dr Haron Din meninggal dunia pada 16 September 2016. Dukacita dimaklumkan bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat jam 10.10 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi jantung yang kritikal di Hospital Stanford San Francisco, California. Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menerusi laman Facebook. Menurut Nasrudin, arwah Dr Haron Din mengalami komplikasi jantung ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California. Untuk info, Dr Haron mempunyai pusat rawatannya sendiri di seluruh negara dikenali dengan nama Darussyifa'. Pada Mac lalu, allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. Pada April 2012, Allahyarham Dr Haron Din pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco.

Biodata Dr Haron Din Meninggal Dunia 16.9.2016

Nama Penuh: Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Umur: 76 Tahun

Asal: Kangar, Perlis

Tarikh Kelahiran: 18 Ogos 1940

Pekerjaan: Mursyidul Am PAS, penceramah agama, pengamal perubatan Islam

Tarikh Meninggal: 16 September 2016 (Jam 10.10 pagi Jumaat)

Punca Kematian: Komplikasi Jantung

Pengumuman Kematian Allahyarham Dr Haron Din

Salam Perjuangan buat semua.

Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima dari anggota keluarga bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin

إنا لله و إنا إليه راجعون

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Previous Post Next Post

Contact Form