David Teo Mahu Cari Dalang Sebar Foto Bogel Atikah Suhaime

Pemilik syarikat penaung Atikah Suhaime bertekad mencari dalang yang menyebarkan gambar intim, dikatakan mirip pelakon muda itu.

Percaya perbuatan itu dilakukan mereka yang dekat dengan pelakon tersebut, David Teo sedang mengumpul bukti untuk mengheret dalang itu ke mahkamah.

“Saya melihat ini merupakan cubaan untuk melihat dia jatuh dan keluar daripada industri,” kata pemilik MiG Pictures kepada Mingguan Malaysia.

“Saya percaya dalang penyebaran turut mempunyai perancangan rapi dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memusnahkan karier seni pelakon tersebut.”

Menyedari Atikah pernah dikenakan tindakan stesen televisyen susulan kontroversi video seks tahun lalu, David berharap isu foto tersebut tidak akan menjejaskan filem dan drama terbitannya.

Atikah membawa watak utama dalam filem seram Volkswagen Kuning, yang akan ditayang Khamis ini, dan juga beberapa drama bersiri.

“Saya percaya kekuatan filem ini lebih hebat daripada kisah Atikah yang sedang bertebaran ketika ini,” katanya.

Sementara itu di laman Instagram semalam, Atikah pula membayangkan tekadnya untuk melawan publisiti negatif yang sedang dilaluinya.

“Anda bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan saya? OK, saya percaya pada bakat sendiri. Rezeki ada di mana-mana,” katanya, walau tidak merujuk khas isu foto tersebut.

Foto yang tidak diketahui tarikhnya memaparkan dengan jelas muka pasangan yang memandang ke arah kamera. Tidak jelas sama ada ia foto selfie atau daripada video.

Manakala sekeping lagi gambar menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk wanita tersebut, yang berbaju biru, dari belakang.

Foto-foto intim itu disebarkan di sebuah laman forum atas talian sebelum dilaporkan blog hiburan berkenaan sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha, seminggu lalu.
Previous Post Next Post

Contact Form