Kerana ‘Perempuan Gatal’, Lelaki Kacak Ini Jadi Viral Di Media Sosial

Dek kerana sebuah gambar yang memaparkan seorang jurufoto kacak di sebuah majlis perkahwinan, nama lelaki kacak ini jadi viral di media sosial.

Khususnya nitizen wanita, kebanyakan dari mereka kongsikan gambar pemuda bernama Nasrul Nassar dengan hashtag #NasrulNassar ketika dia dirakam menjadi salah seorang jurugambar di majlis perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir.


Semuanya gara-gara seorang wanita yang kongsikan gambar berkenaan dengan kepsyen, “Ini yang kita panggil “kuasa wanita”

Lebih mengejutkan, laman Instagram pemuda tersebut dihujani dengan pengikut-pengikut baru terutamanya wanita.


Daripada jumlah 5,007 pengikut, kini mencecah lebih daripada 12 ribu tidak sampai 24 jam gambar tersebut menjadi viral.

Tapi, kebanyakan netizen lelaki pula merasakan ramai wanita yang gedik dan gatal kerana begitu mengagung-agungkan lelaki tersebut.

Previous Post Next Post

Contact Form