Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidiladha 2016

Koleksi ucapan SMS selamat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji 2016. Bersempena dengan perayaan Hari Raya Korban yang jatuh pada Isnin, 12 September 2016, sampaikanlah salam ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada keluarga, saudara mahupun kenalan atau sahabat handai. Semoga ucapan anda dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim disamping memeriahkan lagi suasana Aidiladha. Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan selamat menyambul Idul Adha 1437H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidiladha 2016

Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

“Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHaSELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.”

“Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkan! Pasti terjadi! Kita akan bemandi darah di sluruh negara. Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 15hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban..”

LeMbu menangis tak henti-henti
KaMbing sebOk sorokkan diri
UNtA pulak buat-buat mati
BiRi-bIrI tiba-tiba tak sedarkan diri
Apahal dgn semua binatang-binatang nie
Patut lah esok dah RAYA HAJI

Itulah sebab tak ambik perkembangan
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga..

Pergi kedai kopi Pak Li main dam aji,
Kayuh basikal sehinggah lenguh lutut,
Parang diasah kasi tajam macam taji,
Takut tumpul potong daging pun tak lut

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan bathin.
Selamat hari raya

Biasanya
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.

ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
kuramas kau punya… kau ramas ku punya
kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
kemudian kita goyang bersama.
itulah tanda kita bersalam mesra,
SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Peristiwa Lembu Lari Memang Tak Dapat Dilupakan,
Jadikan Memori Cerita Tok Nenek Zaman Hadapan,
Selamat Hari Raya Aidiladha kami Semua ucapkan
Hari Untuk Semua menuju ke arah kebaikan.

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!
Previous Post Next Post

Contact Form