Netizen Puji Bakal Isteri Saharul Ridzwan Cantik Macam Patung Barbie

Pelakon drama popular, Saharul Ridzwan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya Deena Emir pada 16 September ini.

Pasangan ini bagai pinang di belah dua. Sama cantik sama padan.


Semalam, Deena Emir kongsikan gambar Majlis Doa Selamat dan Khatam Al-Quran menerusi akaun Instagramnya. Apa yang pasti, ramai terpesona dengan kecantikannya.


Rata-rata memuji kecantikan Deena yang persis patung Barbie versi Muslimah.

Bukan itu saja, Deena juga turut dipuji dari segi keperibadiannya yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, malah memenuhi syariat agama.


Netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini.

Previous Post Next Post

Contact Form